Kelas Membuat Pamplet & Taklimat Advokasi
3 Februari 2019 | Aktiviti Terkini2 Februari 2019 – Pada minggu ini, PI Linggi telah mengadakan Kelas Membuat Pamplet dan Taklimat Advokasi Keselamatan Komputer. Ianya dijalankan di Bilik Latihan PI Linggi bermula dari jam 10 pagi hingga ke jam 1 petang. Kehadiran adalah seramai 8 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah.
Sebelum itu, peserta diberikan taklimat advokasi mengenai Pengurusan Dalam Talian -Keselamatan Komputer. Antara yang disentuh di dalam taklimat ini ialah :
- Jenis insiden komputer yang dilaporkan di Malaysia
- Bagaimana malware tersebar melalui media sosial
- Tips mencipta kata laluan yang kukuh dan selamat
- Panduan keselamatan komputer
Berdasarkan pemahaman peserta pada taklimat ini, mereka dikehendaki membuat pamplet berdasarkan tajuk Keselamatan Komputer dengan menggunakan Ms. Word. Peserta dibimbing langkah demi langkah dalam menyiapkan pamplet tersebut. Peserta yang menghasilkan pamplet yang paling menarik, diberikan hadiah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: